Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dapat saya moncoretkan sedikit warkah untuk kawan2 dlm alumni. Bukan niat untuk berlagak tapi sedikit perkongsian pendapat daripada saya yang lemah ini. semoga ianya menjadi titik mula untuk kita lebih memahami antara satu sama lain. Sahabat sekalian, hidup sebagai manusia penuh dengan pelbagai dugaan. Ianya antara tuntutan hidup dalam perjalanan menuju ke destinasi insan yang kamil di dunia dan di akhirat. Setiap insan yang kamil mempunyai pegangan yang kukuh sebagai panduan iaitu al-quran dan as-sunnah yang juga sumber ilmu yang benar.
Selain itu, akhlak juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk pelajar intelek. Memang tidak dinafikan unsur2 yang menjadi pemacu ke arah keruntuhan akhlak hadir secara halus dan sukar di kesan puncanya. Justeru itu, kita sebagai pelajar agama haruslah menyiapkan diri sebaiknya bagi menghadapi fenomena yang semakin parah ini. Kesempatan kita mempelajari agama haruslah digunakan seeloknya untuk kita membina masa depan yang gemilang di samping berusaha mengembalikan ketuanan Islam di muka bumi ini.
Sahabat sekalian, di samping kita berjuang menuntut ilmu ataupun yang dah bekerja, kita mesti ingat meneruskan ikatan silaturahim antara kita juga dituntut dalam agama. Atas dasar inilah saya mengambil inisiatif menjadikan laman “friendster” sebagai platform untuk kita menghubungkan silaturahim yang sudah terputus dan mengeratkan ukhwah yang sedia terjalin sesama kita. Adalah diharapkan kita dapat memanfaatkannya semaksimum mungkin untuk mewujudkan kesinambungan interaksi antara sesama bekas pelajar khasnya dan pihak sekolah umumnya. Di samping itu, blog ini juga dapat memainkan peranan ke arah mengeratkan lagi ukhwah sesama kita. Sebarang komen dan cadangan atau pun ada yang berminat untuk menulis sesuatu dalam blog ini sila hantarkan ke gabpem@yahoo.com ataupun smumeheliah@yahoo.com.
Akhir kalam, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pelajar tingkatan 5 2007 yang Berjaya melanjutkan pengajian di IPT. Tidak dilupakan juga kepada orgnisasi GABPEM yang akan menganjurkan program Kem Pembinaan Sahsiah Terpuji (PESAT '08). Sesungguhnya usaha dan pengorbanan ini hanya Allah yang membalasnya. Amin
“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”
